Cara-cara memasang wireless network di rumah

RJ 45 Cable - image by Pkuczynski. Source: commons.wikipedia.org

RJ 45 Cable – image by Pkuczynski. Source: commons.wikipedia.org

Beberapa tahun lepas, sambungan ke Internet biasanya hanya dibuat melalui sebuah komputer dalam sesebuah rumah. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi dan peningkatan kualiti hidup telah membuatkan gajet teknologi baru semakin berpatutan harganya.

Hasilnya, dalam sesebuah rumah sekarang, terdapat pelbagai peranti (device) yang boleh dihubungkan ke internet. Oleh itu, kita memerlukan sebuah peranti yang berfungsi untuk ‘berkongsi’ talian internet dan mengagihkannya kepada peranti-peranti lain.

Kita memerlukan sebuah “Router” bagi tujuan ini. Router berfungsi dengan menyambung talian internet melalui “Wide Area Network (WAN)” dan menghubungkannya dengan peranti lain di rumah menerusi “Interface” atau antaramuka “Local Area Network (LAN)”.

Updated article in English: How to set up wireless home network

Peranti-peranti dalam LAN boleh berkomunikasi melalui dua cara, iaitu LAN dengan wayar (Wired LAN) dan LAN tanpa wayar (Wireless LAN).

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan cara untuk setup wireless network menggunakan wireless router dan DSL modem (seperti mana yang TMNet bekalkan)

Maksud Istilah

  • LAN – Local Area Network, iaitu jaringan yang menghubungkan komputer-komputer di satu tempat yang agak kecil lingkungannya. Seperti rumah, sekolah, pejabat, dan universiti.
  • Network – Jaringan komunikasi yang terdiri daripada beberapa komputer yang dihubungkan bersama.
  • Router – Sejenis alat (sebenarnya router juga berfungsi seperti komputer) yang berfungsi untuk menghubungkan talian internet dan peranti-peranti dalam LAN.
  • Client – Sejenis komputer yang bertindak sebagai pengguna dalam network.
  • Modem – modem ialah sejenis peralatan yang menghubungkan antara komputer dan internet. Modem digunakan untuk mengakses internet.
  • CAT5/CAT6/RJ45 – Sejenis kabel yang biasa digunakan dalam LAN.  Kabel LAN boleh didapati dalam beberapa kepanjangan yang ditetapkan
  • Wi-Fi – Maksudnya wireless fidelity. Juga dikenali sebagai Wireless LAN.
  • Wireless G / 802.11g – Sejenis kaedah yang digunakan untuk connect dalam network secara wireless. Standard ini diberikan oleh IEEE. Secara teori, connection menggunakan 802.11g dapat mencapai kelajuan sehingga 54Mbps.
  • Wireless G / 802.11 N / IEEE 802.11n – Successor kepada wireless G. Namun, standardnya masih lagi belum muktamad (sebab itulah namanya Draft N). Secara teori, transfer rate nya ialah 300Mbps. 802.11n mempunyai ruang capaian yang lagi luas berbanding 802.11g.
  • RJ11 – Antaramuka dua pin yang digunakan untuk talian telefon.
  • WPA2 – Nama panjangnya Wifi Protected Access. Lebih terjamin keselamatannya berbanding WPA ataupun WEP. Kebanyakan router di pasaran mempunyai feature ini.

 

Peralatan yang diperlukan

  1. Router (Wireless atau wired).
  2. DSL Modem + DSL splitter / Maxis broadband modem
  3. Kabel LAN
  4. Screwdriver
  5. Komputer bagi tujuan pemeriksaan sambungan

Langkah menyediakan sambungan wireless netwok

  1. Sediakan wiring dari telephone line. Sambungkan splitter mengikut cara yang betul seperti yang terdapat dalam manualnya.
  2. Pastikan anda mempunyai socket yang mencukupi untuk menyambung plug router dan juga modem.
  3. Sambungkan modem kepada splitter. Line telephone (RJ11) ke splitter manakala port LAN (RJ45) kepada router.
  4. Letakkan router di tempat yang sesuai. Gunakan screwdriver untuk memasang skru di dinding sekiranya anda mahukan router anda wall-mounted.
  5. Sambungkan kelengkapan yang lain dan configure mengikut apa yang tertulis dalam manual.
  6. Network anda sudah siap, anda boleh gunakannya sekarang.
  7. Jika anda baru nak setup wireless network dan internet di rumah anda, anda sebenarnya telah jimat RM88, iaitu kos untuk installasi modem di rumah anda dengan cara memasang sendiri modem dan configure sendiri sambungannya.

Tips tambahan

  1. Kedudukan router: Sebaiknya letakkan router anda di bahagian tengah rumah.
  2. Seboleh-bolehnya, pastikan jarak router anda dan anda sekurang-kurangnya 1 meter. Untuk mengurangkan kesan radiasi. Radiasi memang ada, tapi amat sedikit. Menurut satu kajian, pendedahan selama setahun pada signal Wi-Fi hanya bersamaan 20 minit bercakap di handphone.

 

Nota Pengarang

Semakan 1.2 – September 2009

Semakan 1.3a – 10 Mac 2014

Version 1.3a

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>