Apa Itu RAM, Apa Itu Virtual Memory

Apa itu RAM

RAM atau nama penuhnya Memori Capaian Rawak (Random Access Memory) adalah salah sebuah komponen dalam unit system (system unit) computer. Secara asasnya, RAM digunakan untuk menyimpan data-data yang diperlukan sewaktu program computer sedang berjalan (running) dan data tersebut akan terpadam dengan sendirinya apabila computer tersebut ditutup (volatile storage).

Multitasking

Multitasking ialah keadaan di mana komputer melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. Sesebuah komputer dikatakan berkeupayaan untuk multitasking apabila ia boleh menjalankan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa seperti menyalin cakera audio ke dalam komputer dan juga menukar format video pada satu-satu masa. Multitasking dalam computer amat bergantung kepada kapasiti dan kelajuan RAM.

Keperluan menggunakan RAM

RAM ialah salah satu komponen mandatori dalam sesebuah sistem komputer. Oleh itu, sedikit atau banyak, RAM tetap diperlukan untuk membolehkan sesebuah komputer berfungsi.

Apabila RAM digunakan sepenuhnya

Apabila kapasiti RAM sudah penuh, komputer akan bertindak memasukkan data yang sepatutnya dimasukkan ke dalam RAM ke cakera keras/HDD (hard disk) ruang dalam HDD ini dipanggil virtual memory. Ia akan bertindak seolah-olah RAM.

Virtual memory vs RAM

Pengendalian data menggunakan virtual memory amat perlahan berbanding RAM. Bayangkan, data transfer rate RAM ialah 5~8 GB/sec, manakala virtual memory pula antara 50~60MB/sec.

RAM juga lebih efisien daripada HDD kerana RAM hanya memerlukan sedikit sahaja kuasa elektrik untuknya beroperasi. HDD pula mempunyai komponen fizikal bergerak yang semestinya memerlukan lebih kuasa.

Kapasiti RAM yang sesuai

Windows XP 32 bit: Sekurang-kurangnya 1 GB

Windows XP 64 bit: Sekurang-kurangnya 2 GB

Windows Vista 32 bit: 2 GB ke atas

Windows Vista 64 bit: 3 GB ke atas

Windows 7 32 bit: 2 GB ke atas

Windows 7 64 bit: 4 GB ke atas

*tidak semestinya sama seperti garis panduan Microsoft. Hanya berdasarkan pengalaman saya dan beberapa pengguna PC yang lain.

Mematikan fungsi virtual memory

Windows XP

Untuk Windows XP, jumlah minima RAM yang diperlukan ialah 2 GB sekiranya anda ingin mematikan fungsi virtual memory.

Menurut pengalaman saya dan juga beberapa penyelidikan ringkas bersumberkan internet, adalah tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mematikan fungsi virtual memory. Sesetengah website menyatakan anda mungkin mengalami beberapa masalah sekiranya mematikan fungsi virtual memory, namun sepanjang pengalaman saya dan sebahagian besar pengguna internet yang lain, masalah tidak akan timbul sekiranya anda mematikannya.

Cara mematikan fungsi virtual memory:

Go to:
System properties > Advanced > Performance > Settings > Advanced > Virtual Memory > Change > Select no paging file.

Windows Vista dan Windows 7

-       Anda tidak dinasihatkan untuk mematikan fungsi virtual memory. Sebaliknya, jika anda ingin menambahkan keupayaan system anda, anda bolehlah menggunakan Windows Readyboost melalui pendrive ataupun kad memori.

Author’s Note

I took this article from my former blog.

Revisions

  1. Some minor edits
  2. Major rewrite

Sources

  • Experience
  • Internet research
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>